Home Malaysian football FAM gantung pengadil dan pembantu pengadil

FAM gantung pengadil dan pembantu pengadil

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Jawatankuasa Pengadil FAM telah membuat keputusan untuk menggantung pengadil, Samsudin Ibrahim; penolong pengadil 1, Busrah Eri dan pegawai ke-4, Khairul Rizal Ismail buat sementara waktu. Penolong pengadil 2, Asmadi Noor Hasni pula digantung selama dua minggu.

Penggantungan Samsudin, Busrah dan Khairul Rizal adalah disebabkan kesilapan yang dilakukan mereka dalam melaksanakan undang-undang permainan yang berkaitan dengan syarat permulaan semula permainan selepas gol dihasilkan pada perlawanan suku akhir kedua TM Piala Malaysia 2015 antara PKNS FC dan Kedah di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Sabtu lalu (28 November 2015).

Dalam kejadian tersebut, Samsudin, Busrah dan Khairul Rizal membenarkan pemain PKNS FC melakukan sepak mula selepas gol kedua Kedah menerusi Sandro Da Silva pada minit ke-57, sungguhpun pada ketika itu dua pemain Kedah masih lagi berada di kawasan pasukan lawan.

Kesilapan tersebut telah memudahkan PKNS FC menjaringkan gol pertama mereka menerusi Mohd Faiz Isa pada minit ke-58, dan gol tersebut masih disahkah Samsudin sungguhpun selepas perbincangan antara kesemua pegawai perlawanan berkenaan.

Asmadi mendapat hukuman lebih ringan kerana dianggap bersalah kerana tidak menggunakan konsep membantu pengadil dalam membuat keputusan betul.

Menurut FAM, Keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Pengadil FAM itu adalah berdasarkan analisis video dan juga laporan daripada penilai pengadil bagi perlawanan berkenaan, Zainal Abidin Yaacob.

Selain daripada hukuman penggantungan, keempat-empat pegawai perlawanan ini akan diminta menghadiri kursus ‘refreshment’ dalam masa terdekat untuk pihak Jabatan Pengadil FAM.

RECOMENDED LINKS: