Pasukan Sarawak FA akan menentukan nasib mereka di dalam Liga Premier apabila melayan kunjungan Terengganu FC II malam ini.

Berada di kedudukan terbawah liga, Sarawak perlu menang malam ini juka mahu mempunyai sebarang harapan untuk keluar daripada zon penyingkiran.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Kekalahan kepada pasukan Terengganu FC II akan menyaksikan Sarawak perlu menang baki dua perlawanan kemudiannya jika mahu keluar dari zon penyinkiran liga.

Nasib Sarawak walaubagaimanapun juga bergantung dengan perlawanan di antara PDRM FA dan Kelantan FA.

Jika Kelantan tewas malam ini, peluang Sarawak untuk bangkit keluar dari kedudukan bawah sekali dilihat lebih cerah.

Situasi adalah jauh lebih negatif jika pasukan Sarawak tewas kepada Terengganu FC II, dan pasukan Kelantan menikmati kemenangan ke atas PDRM FA.

Situasi seperti ini akan menyaksikan Sarawak terus terperangkap di bawah Liga Premier dengan perlawanan ke-19 kelak menentukan jika Sarawak akan layak bermain di play-off Liga Premier atau selamat terus di liga tersebut.