Pasukan Sarawak FA malam ini menewaskan Terengganu FC II dalam misi harus menang di Stadium Sarawak.

Kemenangan ini menghidupkan peluang Sarawak untuk bersaing di Liga Premier dan seterusnya keluar dari kelompok terbawah liga.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Sarawak bermula garang dengan menampilkan semua pemain import dari Brazil dengan Hudson Dias mengetuai jentera serangan Sarawak.

Kehadiran tiga serangkai awang import jelas memberikan Sarawak kelebihan yang terus mengasak benteng Terengganu FC II dan Sarawak akhirnya berjaya menjaringkan gol pada minit ke-23 melalui Dias.

Terengganu cuba mencari gol penyamaan, tetapi pemain pertahanan Sarawak yang diketuai oleh Benedict Martin telah bertindak bijak mengekang pergerakan dan asakan lawan dengan cermat.

Pada babak kedua, Sarawak memperkukuhkan pertahanannya dan ini terus mengecewakan pasukan pelawat yang semakin ghairah mencari gol penyamaan.

Dengan masa penuh menghampiri, Sarawak terus bertahan dengan cermat dan akhirnya mendapat tiga mata berharga yang diidamkan malam ini.

Sarawak FA 1 – 0 Terengganu FC II