Tiket perlawanan Suku Akhir Kedua di anatara Sarawak FA dan Terengganu FA kini sudah boleh dibeli secara online di TiketPanas.com.

Maklumat tersebut dimaklumkan oleh seorang Pegawai Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) kepada kami hari ini.

Menurut pegawai tersebut, penjualan tiket perlawanan tersebut juga telah dimulakan di cawangan Lea Sports Centre (LSC) Hopoh, dengan cawangan-cawangan lain bakal menyusul pada petang ini.

Sungguhpun perlawanan Suku Akhir ini dijangka menyaksikan lebh ramai peminat Sarawak FA turun ke stadium, harga tiket bagi perlawanan tersebut telah dikekalkan oleh FAS.

Dalam perkembangan sama, pegawai FAS yang menghubungi kami meminta peminat mendapatkan tiket perlawanan awal agar tidak kecewa.

Sarawak berpeluang cerah untuk melayakkan diri ke Separuh Akhir Piala FA kali ini selepas berjaya mengikat Terengganu FA di dalam perlawanan Suku Akhir pertama tempoh hari.

7 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here