Home Malaysian football Tiket Kuching City-Selangor laku keras, siaran langsung di TV2

Tiket Kuching City-Selangor laku keras, siaran langsung di TV2

Tiket perlawanan Liga Super diantara Kuching City FC menentang Selangor FC habis disambar peminat bola sepak tempatan.

Perlawanan pertama di tempat sendiri untuk Kuching City itu menyaksikan Kuching City memberi 13,000 tiket percuma untuk perlawanan untuk membolehkan peminat bola sepak memenuhi Stadium Negeri yang berkapasiti 25,000 itu.

Sekitar jam 11.30AM, kesemua 13,000 tiket dilaporkan habis diedarkan dengan barisan panjang untuk menebus tiket dilaporkan di perkarangan Stadium Negeri.

Ini menyaksikan pihak Kuching City bertindak mencetak lebih tiket untuk perlawanan tersebut bagi membolehkan lebih ramai peminat menghadiri perlawanan sulung LIga Super Kuching City itu.

Tiket yang bru dicetak akan diedarkan melalui kaunter tiket di Stadium Negeri bermula jam 5PM kelak.

Menurut Kuching City, bilangan tiket tambahan adalah sejajar dengan nasihat pihak keselamatan.

“Terima kasih atas sokongan yang diberikan ke atas Kuching City FC. Kami dimaklumkan tiket perlawanan telah habis diedarkan sebentar tadi.”. kata Kuching City dalam kenyataan medianya.

“Pihak pengurusan Kuching City membuat keputusan untuk MENAMBAH bilangan tiket percuma yang akan diedarkan bermula jam 5:00 petang ini.

“Jumlah tiket yang diedarkan adalah mengikut kapasiti Stadium Negeri & atas nasihat dari pegawai keselamatan untuk memastikan keselamatan semasa hari perlawanan adalah di tahap maksimum.” tambah kenyataan itu lagi.

Perlawanan Kuching City menentang Selangor FC ini dijangka sengit dengan Selangor FC diletakkan sebagai pasukan pilihan.

Perlawanan dijadualkan pada 8.15PM, 2 Mac 2023 dan akan disiarkan secara langsung di TV2.

RECOMENDED LINKS: