LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kehadiran bekas penyerang kebangsaan Akmal Rizal di Kuching sememangnya diterima dengan reaksi berbeza oleh peminat Sarawak yang masih sunggul di atas kehilangan penyerang sensasi Bobby Gonzales yang telah berhijrah ke PDRM FC.

Sungguhpun demikian, kami di SarawakCrocs.com sempat membuat sedikit temubual bersama penyerang yang pernah bermain di Perancis ini, dan beliau ternyata amat positif berkenaan prospek kejayaannya di Sarawak.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Menurut Akmal, Sarawak menjadi pilihan beliau pada musim ini atas tiga faktor iaitu kehadiran Robert Alberts, status Sarawak sebagai pencabar utama liga di Malaysia dan sokongan padu peminat Sarawak yang sudah setaraf atau lebih baik dari penyokong di JDT dan Kelantan.

Apabila ditanya berkenaan ‘faktor Robert Alberts’, Akmal menjelaskan bahawa dia sudah tiga kali ditawarkan bermain di bawah kendalian jurulatih tersebut, tetapi kini beliau merasakan beliau yakin Roberts benar-benar mahukan beliau bermain bersamanya, dan itu mendorong beliau akhirnya menerima pelawaan tersebut.

Soalan kedua kami kepada Akmal adalah berkenaan kegersangan gol yang dialami beliau semasa bersama pasukan negerinya, Kedah. Untuk rekod, Akmal hanya berjaya menjaringkan lima gol daripada 16 perlawnanan, dan rekod tersebut tidaklah sehebat ketika beliau bermain dengan pasukan lain.

Akmal dalam pada itu berkata “ketika di Kedah saya jarang diturunkan kerana jurulatih yang lebih gemar menurunkan Khairil Muhaimeen dengan gandingan pemain import. Jika diturunkan pula, saya akan dimainkan di posisi tengah yang bukan posisi kegemaran saya. Sungguhpun demikian, saya masih berjaya menjaringkan lima gol, dan saya berharap dengan bantuan rakan-rakan di Sarawak nanti, saya akan mampu menjaringkan lebih banyak gol“.

Seperti yang dinyatakan di awal-awal artikel ini, kehadiran Akmal bagi menggantikan Bobby bukanlah sesuatu yang boleh diterima kebanyakan peminat Bujang Senang. Oleh itu, kami di SarawakCrocs.com juga turut cuba mendapatkan reaksi Akmal berkenaan hal ini.

Reaksi Akmal sememangnya amat professional apabila beliau menyatakan beliau faham reaksi peminat Sarawak sambil turut mengakui beliau sedar peminat bakal membandingkan dirinya dengan Bobby. Sungguhpun demikian, Akmal juga turut mengakui beliau berharap akan cepat menyesuaikan diri dengan pasukan Sarawak, dan sekaligus menjadi watak penting kepada kejayaan Sarawak, seperti juga Bobby.

Di akhir temubual, Akmal menyatakan “Saya mengharapkan semua memberi sokongan sepenuhnya kepada saya mulai sekarang. Saya akan berusaha semampu yang boleh untuk bersama-sama pemain lain untuk menjadikan Sarawak pencabar utama Liga Malaysia 2014”.

Kepada Akmal Rizal, Selamat datang ke Stadium Negeri!

3 COMMENTS

  1. Buat penyokong SARAWAK..aku dari KEDAH..untuk makluman fans SARAWAK..aku fans tegar KEDAH..baguslah AKMAL RIZAL ke SARAWAK..aku percaya dengan kebolehan AKMAL RIZAL..season lepas AKMAL memang tak menyerlah atas sebab COACH PASUKAN KEDAH..mat salleh bangang tu tak nampak kebolehan AKMAL RIZAL..aku salute dia..even DIA dimasukkan minit2 terakhir..DIA mampu untuk menjaringkan GOL dan kucar kacirkan pertahanan lawan..dan..kalau dilihat kembali gol2 yang DIA jaringkan ketika dalam pasukan KEDAH..Gol yang boleh dianggap SUPERB..dan..jarang2 player dapat lakukan..PERCAYALAH FANS SARAWAK..*AKMAL RIZAL (14) AKAN MEMBUATKAN SEMUA PENYOKONG TEGAR “NYAP SYOT” LUPAKAN BOBBY GONZALES KERANA AKMAL RIZAL ADALAH PENYERANG TERHEBAT YANG MALAYSIA MILIKI..GUDLUCK BUAT PASUKAN SARAWAK..

Comments are closed.