Pihak kami cuba mendapatkan penjelasan pihak Malaysia Football League (MFL) ekoran kekeliruan berhubung nama Sarawak United B (SUB) atau dikenali juga sebagai Sarawak United II.
Maklumbalas yang kami terima agak menarik.
Menurut sumber kami “Sarawak FA wajib kena jatuh ke Liga M3 disebabkan tangga tercorot Liga Premier”.
Sumber sama menjelaskan bahawa “Harus diingat bahawa tiada istilah feeder club atau reserve team bagi kelab Liga Premier dan Liga M3”.
Ini bermaksud pada pemahaman kami, pasukan yang bertanding di Liga M3 merupakan pasukan Sarawak FA, yang mana telahpun tewas kepada Kuching FA semasa play-off Liga Premier musim lalu.
Pasukan tersebut oleh itu tidak boleh menukar nama dan kekal sebagai Sarawak FA.
Dengan yang demikian, pasukan Sarawak FA kini merupakan pasukan kedua yang bertanding di bawah FAS dalam sistem liga bola sepak Malaysia dan boleh dianggap pasukan asli FAS.
Walaubagaimanapun, Presiden FAS, Posa Majais, telah menyebut bahawa Sarawak FA akan bertapak di Selangor pada musim 2020, sekaligus menjadi pasukan negeri pertama yang bertapak di negeri lain.
Pasukan Sarawak United (yang dahulunya dikenali dengan nama Selangor United) pula akan bertapak Kuching, Sarawak.
Diharapkan maklumat ini menjelaskan situasi berkenaan pasukan Sarawak.
Kami rungkaikan di bawah:
- Liga Premier: Sarawak United (dulu Selangor United)
- Liga M3: Sarawak FA
- Piala Presiden: Sarawak United C
- Piala Belia: Sarawak United D