Home Malaysian football Sarawak United dan Sarawak FA dua entiti berbeza

Sarawak United dan Sarawak FA dua entiti berbeza

Jika pemahaman kami jelas berkenaan maklumat yang kami terima dari pihak Malaysia Football League (MFL) tadi, ini bermaksud Kelab bolasepak Sarawak United dan pasukan Sarawak FA adalah dua entiti berbeza.

Persamaan yang dimiliki oleh kedua-dua pasukan adalah ianya dimiliki oleh Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

Dalam pada itu, Sarawak FA menurut pemahaman kami, tidak boleh dijenama semula kepada Sarawak United sehingga mereka mendapat kelulusan daripada pihak bertanggungjawab.

Adalah didakwa juga bahawa ada cubaan untuk menukar nama pasukan Sarawak FA kepada Sarawak United B, namun khabarnya nama Sarawak FA terus digunapakai oleh pihak Amateur Football League (AFL) kerana kelulusan penukaran nama belum diterima pihak AFL sehingga tarikh tutup pendaftaran pasukan Liga M3.

Sarawak FA dalam pada itu mengikut pemahaman kami, tidak boleh menjadi ‘feeder club’ kepada pasukan Sarawak United secara automatik biarpun pasukan Sarawak United naik ke Liga Super.

Ini adalah kerana feeder club perlu naik ke Liga Premier secara merit sebelum ianya menjadi pasukan feeder kepada pasukan Liga Super.

Satu-satu cara untuk membolehkan pasukan Liga Super memiliki feeder club adalah dengan mengambil alih pasukan yang kini berada di Liga Premier seperti yang dilakukan oleh Terengganu FC, Selangor FC dan Perak FA.

Dalam pada itu, jika Sarawak FA berjaya naik ke Liga Premier, dan Sarawak United kekal di Liga Premier pada musim hadapan, pemahaman kami ialah ianya akan menjadikan dua pasukan milik FAS bermain di dalam liga yang sama.

Jika Sarawak FA naik ke Liga Premier 2021, dan Sarawak United tersingkir ke Liga M3, kemungkinan nama pasukan Sarawak FA akan dikekalkan oleh pihak FAS memandangkan ianya adalah tindakan yang kurang wajar untuk menjenama semula pasukan tersebut kepada Sarawak United.

Oleh yang demikian, Sarawak kini mempunyai tiga pasukan bermain di Liga bola sepak Malaysia, yakni pasukan Sarawak FA (Liga M3), Kuching FA (Liga Premier), dan Sarawak United – Dahulu dikenali dengan nama Selangor United (Liga Premier).

Previous articleTidak wujud Sarawak United B, atau Sarawak United II
Next articleAFL jelaskan situasi pasukan Liga M3 dan isu ‘reserve team’