Tiang dan bahan keras panjang akibatkan FAS didenda hebat

Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mendedahkan bahawa persatuan itu didenda hebat akibat penggunaan tiang bedera di dalam Stadium Negeri.

Berita tersebut diwar-warkan oleh laman Facebook ‘Crocs News Update’ yang memetik Abdulah Julaihi (Setiausaha Agung FAS) sebagai berkata “Adalah menjadi kesalahan sekiranya membawa batang kayu/besi/penyapu dan kita (FAS) telah didenda untuk kesalahan tersebut. Setiap batang kayu/besi/penyapu yang dibawa masuk ke dalam stadium untuk mengibarkan bendera akan didenda RM1,000 setiap batang. Dan untuk rekod, kita telah didenda pada perlawanan-perlawanan yang lepas”.

Kenyataan Abdullah dilaporkan dibuat semasa sidang media beserta makan tengah hari oleh pihak FAS kelmarin. Sarawak dilaporkan akan turut mengetatkan keselamatan bagi baki perlawanan di Stadium Negeri agar insiden tidak diingini dapat dielakkan.

Sarawak bakal bertemu T-Team pada 10 Jun ini, dan Stadium Negeri dijangka akan penuh seperti kebiasaannya.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top