Bekas pemain import Sarawak FA, Ronald Hikspoors kini berada di Kuching untuk menjalani sesi pemilihan pemain import Sarawak FA bagi musim 2018.

Pemain muda dari Belanda itu dilihat telah turun menjalani latihan bersama pasukan Bujang Senang baru-baru ini, dan beliau diperhatikan sedang tangkas mencuba yang terbaik untuk memikat hati jurulatih Sarawak FA, Ian Gillan.

Adalah difahamkan status Hikspoors di dalam pasukan Sarawak FA belum lagi diputuskan buat masa ini, namun Hikspoors dilaporkan ‘amat berminat’ untuk kembali menyarung jersi Sarawak FA.

Hikspoors dalam pada itu pernah bermain untuk Sarawak FA untuk beberapa bulan, namun kontrak beliau ditamatkan awal ekoran kecederaan serius yang menimpa dikrinya pada pertengahan musim.

Beliau yang boleh bermain di beberapa posisi, merupakan seorang pemain yang rajin di atas padang dan sering digunakan oleh Robert Alberts, jurulatih Sarawak FA pada masa itu, sebagai pemain pertahanan dan pemain tengah.

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SarawakCrocs Tribal jersey

28 COMMENTS

  1. Demerson kecik ati dgn dak pengurusan fas ya…mun sik nya mok kekal lam team swk..tapi yalah..pengurusan taun tok org madah ..mok tebus kesilapan …kak ya mena kata dirik ya …ivan rakitic ya bgs juak..tapi sik tauk pengurusan fas swk..mun d gading dgn MS10 nang cun..

Comments are closed.