Tiada penonton dan perpindahan pemain untuk Liga Malaysia

Biarpun Liga Malaysia akan disambung September ini, ianya akan hadir dengan beberapa kekangan yang boleh memudaratkan pasukan – pasukan yang bertanding.

Malaysia Football League (MFL) hari ini mengumumkan bahawa Liga Malaysia akan disambung dan dimainkan tanpa kehadiran penyokong di stadium pada bulan September 2020 ini.

Ini sekaligus memusnahkan hasrat peminat untuk menyaksikan aksi secara langsung di stadium pasukan kesayangan mereka.

Keputusan MFL itu juga bermakna bahawa pasukan yang bergantung dengan hasil kutipan tiket perlawanan akan menghadapi masalah kewangan ekoran ketiadaan jualan tiket perlawanan.

Menurut kenyataan MFL, “setiap perlawanan akan diadakan mengikut SOP Perlawanan Tanpa Penonton seperti yang ditetapkan oleh MKN dan KKM disebabkan penularan wabak COVID-19.”

Turut diumumkan adalah badan pengurus Liga Malaysia itu adalah penutupan jendela perpindahan pertengahan tahun ini, sekaligus bakal menyaksikan pasukan kekal bersama barisan pemain yang sedia ada.

Keputusan menutup jendela perpindahan pemain pada pertengahan musim ini bakal menyaksikan pasukan liga bola sepak Malaysia meneliti semula kontrak jangka pendek pemain yang mungkin berakhir pada jendela perpindahan pertengahan tahun.

MFL sebelum ini telah cuba untuk menyambung baik Liga Malaysia pada bulan Ogos 2020, namun ianya mendapat bantahan daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disebabakan pandemik COVID-19 yang masih wujud di Malaysia.

Biarpun kerajaan Malaysia telah pada dasarnya membenarkan Liga Malaysia disambug pada September ini, saingan Liga Malaysia 2020 masih boleh dibatalkan terus jika MKN, KKM dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak membenarkan perlawanan bersambung semula sehingga September 2020.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top