Home Malaysian football Kuching City ‘come-back’ untuk menang perlawanan sulung Liga Super

Kuching City ‘come-back’ untuk menang perlawanan sulung Liga Super

Pasukan Kuching City memberi amaran awal kepada pasukan – pasukan lain di Liga Super apabila bangkit pada babak kedua untuk mencatatkan kemenangan sulung pasukan tersebut di Liga Super petang tadi.

Pasukan bimbingan Irfan Bakti itu sudah menunjukkan mereka bukan berniat hanya mencukupkan bilangan di Liga Super apabila mengekang asakan Kelantan FC sepanjang babak pertama.

Ini menyaksikan kedua – dua pasukan terikat tanpa jaringan selepas 45 minit perlawanan.

Pada babak kedua, Kelantan FC mengembirakan lebih 5,138 peminat apabila Miguel Angel menyumbat masuk gol pertama untuk pasukan tuan rumah.

Kuching City yang ketinggalan walaubagaimanapun tidak mengalah dan Abdallah Sudi menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian.

Gol tersebut merupakan gol pertama Abdallah di Liga Malaysia, dan juga merupakan gol pertama Kuching City di Liga Super Malaysia.

Kuching City kemudian terus mengasak dan Abu Kamara akhirnya memastikan kemenangan milik Kuching City dengan jaringan terakhir perlawanan pada minit ke-71.

Kemenangan itu pasti akan memberikan Kuching City keyakinan untuk melayan kunjungan pasukan gergasi Selangor FC pada 2 Mac kelak.

RECOMENDED LINKS: