Persatuan Bolasepak Kapit (KFA) akan mengadakan sesi pemilihan bagi pemain-pemain berumur 13-19 tahun untuk menyarung jersi pasukan Kapit FA (Borneo Leopards) pada 15-16 April ini

Menurut Presiden KFA, Kennedy Kuyang, pemilihan kali ini adalah untuk membentuk pasukan asas bagi pasukan belia Kapit FA, dan pemain yang telah dipilih pada musim lalu masih perlu menjalani sesi pemilihan jika ingin kekal bersama pasukan Kapit FA.

Pemilihan akan diadakan di Stadium Terbuka Kapit dan dua kategori pemilihan akan dibuat, yakni untuk pasukan bawah-16 tahun dan pasukan bawah-19 tahun.

Tambah Kennedy, Ketua Jurulatih Kapit FA, Jerry T akan menyelia pemilihan yang bermula esok, dan jika terpilih, pemain akan dibimbing agar mereka boleh berjaya ke peringkat lebih tinggi, termasuk menjadi pemain profesional.

Belia yang berminat dinasihatkan menggunakan pakaian sukan untuk bermain bolasepak, dan kos pengangkutan, serta juga kos penginapan dan makanan adalah ditanggung sendiri.

Sesi pemilihan akan bermula jam 8 pagi.

Comments

1 COMMENT

Comments are closed.