Dua pemain Sarawak FA yang disyaki, dan telah dibebaskan, dari tuduhan mengatur perlawanan, Mazwandy Zakeria dan Hafiz Abu Bakar, tidak dibawa ke Kota Kinabalu untuk perlawanan menentang Sabah FA.
Adalah difahamkan kedua-dua pemain diberi rehat empat hari berikutan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).
Kedua-dua pemain tersebut telah sebelum ini memaklumkan bahawa mereka akan terus bersama pasukan Sarawak FA di dalam satu sidang media tempoh hari, dimana mereka juga memaklumkan mereka akan mengikut janji yang tertera di dalam kontrak mereka.
Sarawak FA akan turun menentang Sabah FA di Stadium Likas malam ini dengan harapan mencari tiga mata berharga.
Perlawanan yang akan menyaksikan Ian Gillan turun bersama pemain-pemainnya buat kali pertama adalah misi harus menang bagi membolehkan pasukan Sarawak FA meneruskan momentum baik di dalam Liga Premier.