Dua pemain yang dibebaskan dari tuduhan mengatur perlawanan kelmarin akan terus bermain bolasepak bersama pasukan Sarawak FA.
Mazwandy Zakeria dan Hafiz Abu Bakar menegaskan bahawa biarpun nama mereka tercalar akibat insiden tersebut, mereka akan tetap bermain bolasepak kerana mereka merupakan pemain professional.
Kedua-dua pemain, bersama seorang lagi individu yang turut ditangkap kerana disyaki merupakan bookie, ditemani oleh peguam mereka di dalam satu sidang media pada hari ini di sebuah hotel.
Menurut kedua-dua pemain, biarpun mereka merasakan mereka dianiaya, mereka akan terus berjuang bersama pasukan Sarawak FA sehigga kontrak mereka tamat.
Dalam perkembangan sama, kedua-dua pemain mengesahkan laporan polis telah dibuat berhubung tuduhan mengatur perlawanan yang dibuat terhadap mereka, dan mereka sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap pihak yang berkaitan.
Kelmarin, ketiga-tiga individu dibebaskan dari tuduhan mengatur perlawanan selepas pihak mahkamah mendapati bukti yang dibawakan terhadap mereka tidak mencukupi.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



Pro n tolerate.respect lh dgn ktk 2.
Teruk dh pngurusan fas ni
saman jak pengurusan ya
Buang yg keruh ambil yg jernih, lps tok main bena gik jang hihihihi
Respect smoga saling hormat mehormati .smoga mejadi pengajaran utk masa hadapan n smoga mng lwn sabah sabtu ni .
https://youtu.be/9LV6zVOp6wQ
Terpulanglah pemain nak menang, seri atau kalah. Sikda semangat dah nangga team sarawak.
Lepas ni mainlah dgn bena2 supaya tdk disalah anggap oleh penyokong dan majikan…mana tahu ada kelab diluar sana berminat utk offer yg bagus… good luck boys!
Nya duak yg lebih tauk APA yg patut dipolah.