Peminat bolasepak Sarawak FA masih yakin pasukan kesayangan mereka masih mampu mengatasi pasukan Sabah FA.

Dengan tumpuan kini teralih kepada perlawanan ‘Borneo Derby’ di Likas malam ini selepas skandal mengatur perlawanan dilihat selesai, pasukan Sarawak FA dilihat oleh peminat mampu melakukan kejutan ke atas pasukan Sabah FA.

Menurut undian di laman Facebook Rasmi SarawakCrocs, sebanyak 63 peratus peminat yakin Sarawak akan beroleh kemenangan, dengan hanya 37 peratus merasakan Sabah FA akan memperolehi kemenangan di tempat sendiri.

SABAH FA VS SARAWAK FA.

Siapa akan menang?

Posted by SarawakCrocs on Wednesday, 21 February 2018

Undian yang dibuat 802 peminat bolasepak, yang rata-rata merupakan orang Sarawak, juga menyaksikan bahawa ada peminat merasakan kedua-dua pasukan akan berkongsi mata.

Sabah FA akan melayan kunjungan Sarawak FA malam ini pada jam 8:15PM untuk perlawanan ke-empat Liga Premier, dengan Sabah FA kini di kedudukan kedua Liga, selepas minggu perlawanan ketiga.

21 COMMENTS

  1. Kedak mak kita juak bah. Jaik ne pun muka hau kedak koyong, agik juak ny kata ensem. Sama juak kita fans, jaik ne pun team kita, bila org tanyak menang sik, jawab jak menang😅

  2. reality dr segi kemampuan sabah menang… bukan sik nyokong sarawak… sbb diberik pilihan siapa menang… kmk milih sabah sbb team sabah kuat setakat tok… tambahan main ditempat daknya pun… skian trima kasih…

  3. Kmk tetap sokong sarawak walau dalam keadaan apa sekali pun.kalah atau menang memang adat permainan.harap sarawak dapat menang la malam ini…

  4. Dgn ada nya pengalaman dlm musin lepas dlm liga super,n rata2 player2 Sarawak ada lah dlm liga super musin lepas.player2 Akan dpt mengatasi cabaran musin ni…

Comments are closed.