Kelab bola sepak Kuching City tidak akan menurunkan penyerang import mereka, Bryan Jones malam ini apabila Kuching City dijangka menentang Kelantan United.
Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Jurulatih pasukan kelab tersebut, Irfan Bakti dalam satu akhbar tempatan hari ini.
Tidak ada sebab dinyatakan mengapa Bryan tidak akan diturunkan, namun tempat beliau akan diganti oleh pemain tempatan.
Kuching City masih tercari – cari rentak mereka di dalam Liga Premier, biarpun liga kini sudah menghampiri pertengahan jadualnya.
Pasukan dari Bandaraya Kuching itu kini berada di kedudukan kedua terbawah Liga Premier, jauh dari sasaran mereka yang mahu mencabar untuk promosi ke Liga Super 2022.
Oleh yang demikian, jika Kuching masih mahu mencabar untuk promosi ke Liga Super, kemenangan perlu dihasilkan mulai malam ini atau pasukan bimbingan Irfan bakti itu akan semakin tenat di bahagian bawah liga.
Perlawanan malam ini dijadualkan pada jam 10 malam.