Kedai online THEKEDEY kini sedang menjual jersi terhad SarawakCrocs Tribal Jersey 2020 secara pra-tempah.

SarawakCrocs Tribal Jersey mula diperkenalkan pada tahun 2017 oleh laman SarawakCrocs.com sebagai salah satu cara untuk memungut dana bagi menampung kos operasi laman web yang membawakan berita bola sepak Sarawak.

Jersi yang berharga hanya RM60 itu, akan dijual secara pra-tempah sehingga 7 Mac 2020 pada fasa pertama dengan fasa kedua hanya dibuat pada bulan Julai 2020, sekiranya ada permintaan.

SarawakCrocs Tribal Jersey 2020 terkenal dengan keunikan rekaannya, disamping quality terbaik kain Premium Microfibre yang digunakan untuk menghasilkan jersi tersebut.

Pada tahun ini, rekaan jersi ini dibuat oleh jenama baharu, Tribalex.

Video dibawah menampilkan promosi jersi tersebut yang dibuat oleh Joseph Papin.

Ianya menampilkan corak Orang Uu di kedua-dua lengan dan bahu.  Terdapat juga corak khas di bahagian tepi jersi yang merupakan corak tribal yang lebih bersifat antarbangsa.

Di bahagian bawah, logo tribal Tribalex kelihatan, sekaligus memberikan kelainan kepada jersi rekaan Tribalex.

Warna jersi kali ini adalah hitam, selaras dengan warna SarawakCrocs yakni hitam, merah dan putih.

SarawakCrocs Tribal Jersey 2020

SarawakCrocs Tribal Jersey 2020 juga selesa digunakan dan ianya boleh digunakan untuk semua keadaan termasuk berjalan-jalan, bersukan dan beriadah.

Semua SarawakCrocs Tribal Jersey adalah edisi terhad dimana ianya tidak akan dijual lagi selepas tamat tahun jualannya.

Ini adalah kerana setiap helai jersi hanya dibuat sekiranya ada tempahan sewaktu tempoh jualan dibuat.

MEMBELI SARAWAKCROCS TRIBAL JERSEY 2020

Jika anda berminat mendapatkan SarawakCrocs Tribal Jersey ini, anda boleh terus ke www.thekedey.com untuk membuat tempahan jersi unik anda.

PERGI KE THEKEDEY

Anda juga boleh menghubungi THEKEDEY di Facebook, atau +60135693485 (DON) jika mahu menempah atau bertanya berkenaan jersi ini.

Untuk makluman, jersi SarawakCrocs tidak ada di jual di mana-mana kedai dan adalah esklusif dijual oleh THEKEDEY buat masa ini.