Terengganu lega berjaya kalahkan Kuching City

Ketua jurulatoh Terengganu FC melahirkan rasa syukur di atas kemenangan ke atas Kuching City malam tadi dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Kuching City yang baru sahaja menamatkan aksi terakhir mereka di Liga Premier dua hari lepas, telah memberi tentangan sengit kepada Terengganu, namun mendapati pasukan tuan rumah terlalu ampuh di tempat sendiri dan tewas 2-0.

Gol Terengganu telah dijaringkan oleh Lee Tuck yang menyudahkan sepakan penalti selepas Jordan Mintah dijatuhkan pada minit ke-23, dan Faisal Abdul Halim menambah gol kedua pasukan Terengganu pada babak kedua.

// BELI JERSI TERENGGANU FC

Selepas perlawanan ketua jurulatih Terengganu, Mohd Nafuzi, melahirkan kelegaan beliau berjaya mengecapi kemenangan tersebut.

Beliau mengakui telah membuat sedikit perubahan taktikal kepada pasukannya bagi menentang Kuching City kerana Kuching City bukan lawan mudah.

“Memang satu kelegaaan dan syukur. Tahniah kepada pemain kerana beri yang terbaik. Memang kita memerlukan kemenangan. Begitu nikmat menikmati kemeangan malam ini sebab dah lama tak menang.” kata Nafuzi selepas perlawanan.

“Kita buat sedikit perubahan dari segi taktikal, sebab kita tahu Kuching City bukan lawan mudah.

“Semua pemain yang telah memberikan yang terbaik. Yang penting kini adalah tiga mata.” katanya lagi.

Kemenangan Terengganu itu meletakkan pasukan Sang Penyu di tangga teratas Kumpulan B Piala Malaysia 2021.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top