PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kelab Liga Premier, Sarawak United mengejutkan pasukan Liga Super, Penang FC kelmarin, dengan kemenangan selesa 3 – 1 di tempat lawan.

Biarpun buntu mencari gol awal, pasukan bimbingan E. Elavarasan menunjukkan ketajaman barisan serangannya pada babak kedua dengan jaringan pembukaan perlawanan menerusi penyerang sensainya Uche Agba pada minit ke 47.

Promosi RM1

Khair Jones menambah lagi derita Penang FC pada minit ke-54, sebelum Penang FC merapatkan jurang jaringan selang dua minit kemudian melalui Al-Hafiz.

Sungguhpun demikian, Uche sekali meledakkan gol selang empat minit dari jaringan Al-Hafiz untuk memastikan Sarawak United mendapat kemenangan sulungnya pada perlawanan pembukaan Piala Malaysia 2021.

// LIHAT PROMOSI JERSI PASUKAN LIGA MALAYSIA

Selepas perlawanan, ketua jurulatih Penang FC, Tomas Trucha, berkata beliau tidak terkejut dengan kekalahan pasukannya kerana pasukan dari liga lebih bawah sememangnya akan lebih bermotivasi untuk memenangi perlawanan pembukaan sesuatu pertandingan.

Tomas berkata menjelaskan pasukannya juga gagal beraksi dengan baik dan tuah tidak memihak pihaknya.

“Saya merasakan ini perlawanan piala yang biasa apabila berlakunya perlawanan di antara pasukan dari liga bawahan menentang pasukan liga atasan.” jelas Tomas selepas perlawanan.

“Mereka bermotivasi, mereka bersedia dan kita pula tidak mempamerkan aksi terbaik pada babak pertama dan terus menjadi lebih malang pada babak kedua, dan gagal mempertahankan set-piece dari mereka.

“Bukan hari baik untuk kami, dan kami kena menerima kekalahan ini” jelas Tomas lagi.