Home Malaysian football Selangor 2 ‘jumpa’ SUA di KLFA esok

Selangor 2 ‘jumpa’ SUA di KLFA esok

Pasukan Sarawak United A (SUA) yang merupakan pasukan utama Kelab Bola Sepak Sarawak United dijadualkan akan bertemu pasukan Selangor FC 2 di Stadium Kuala Lumpur (Stadium KLFA).

Menurut maklumat yang kami perolehi, perlawanan Liga Premier diantara kedua-dua pasukan telah dijadualkan pada jam 9 malam esok, 11 Mac 2020.

Sebelum ini, perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan khabarnya tidak dapat dimaklumkan kerana masalah venue yang dihadapi oleh pasukan Selangor FC sendiri.

Ini terlibat di dalam jadual yang dikeluarkan oleh pihak Malaysia Football League (MFL) yang menyatakan bahawa venue untuk pertandingan tersebut adalah ‘TBC’.

Dengan makluman venue perlawnan kini sah, maka kini peminat bola sepak SUA dan Selangor 2 boleh ke Stadium KLFA untuk menyaksikan perlawanan menarik di antara kedua – dua pasukan ini kelak.

Untuk rekod, Selangor 2 kini di tangga terbawah Liga Premier tanpa sebarang mata, dan pasukan SUA pula di kedudukan ke-lima dengan tiga mata.

 

Previous articleMampukah Kuching FA?
Next articleGol saat akhir lebur hasrat Kuching FA