Sarawak Super League Schedule

Kelab Bolasepak Terengganu kelmarin melancarkan logo baharunya yang kelihatan amat menarik.

Hampir berciri kelab bolasepak Juventus, logo baharu Terengganu FC berbentuk perisai dengan jalur hitam dan putih jelas menghiasi hampir keseluruhan logo berkenaan.

Di bahagian atas jalur hitam dan putih, tertera perkataan ‘Terengganu Football Club’ serta tahun 1956.

Terengganu FC logo
Terengganu FC logo

Mengekalkan warna tradisi hitam dan putih, Terengganu FC juga turut melancarkan jersi bagi musim 2018 yang berjenama Kobert yang kelihatan juga menarik.

Jersi Terengganu FC
Jersi Terengganu FC

Jersi utama kali ini mengekalkan jaluran hitam dan putih, manakala jersi ‘away’ berwarna hitam dengan corak khas di bahagian atas.

Pada pengamatan kami, jersi away pasukan Liga Super ini amat menarik, dan dengan harga kurang RM100, ianya dijangka pasti terjual seperti pisang goreng panas.

 

Comments

18 COMMENTS

  1. Penambahbaikan.. logo mgmbarkn sesuatu. X juak cdk ngkh kropok leko sia.. x smestinya negeri swk knk ada boyak ajak.. tagline ttp sama swk bujang senang.. logo x semestinya ngekot boyak ada dlm logo

Comments are closed.