Pasukan Bujang Senang gagal di dalam misi membawa pulang sebarang mata dari Stadium Darul Aman malam ini selepas tewas kepada Kedah 2-1.
Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan pada separuh masa pertama, namun kekebalan kedua-dua benteng pertahanan mengakibatkan babak pertama berakhir tanpa sebarang gol terhasil.
Bermula babak kedua, Sarawak mengubah strategi dengan memperkenalkan serangan pantas, dan ianya akhirnya berjaya memerangkap Kedah apabila Ndumba Makeche berjaya merobek pintu gol Kedah pada minit ke-51.
Kegembiraan pasukan Sarawak walaubagaimanapun tidak bertahan lama apabila penyerang Sarawak, Tommy Mawat, tertampan bola ke dalam gawang sendiri pada minit ke-64, sekaligus menyaksikan kedudukan sekali lagi terikat.
Enggan menyerah kalah, Sarawak terus mengasak untuk mencari gol pendahuluan, tetapi penyerang berbisa Kedah, Liridon pula yang menjaringkan gol pada minit ke-72 melalui sepakan penalti yang dihadiahkan pengadil.
Kedah yang seperti bangun dari tidur terus menyerang kubu Sarawak dan hampir menambah jaringan pada minit ke-79, namun rembatan kencang Badrol Bakhtiar terkena palang.
Dengan baki sepuluh minit, Kedah terus memperkuatkan barisan pertahanan mereka, sekaligus menyaksikan pasukan tuan rumah mengutip mata penuh pada masa penuh perlawanan.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Adeeehhhh…. Abis la mun mcm ya..
Yesss..swk kalah lgi..dato sudarsono mna!!!
Dato Sudarsono masih di Sarawak.. AGM FAS bulan Sembilan, kalau rasa Dato Sudar tak layak, PM saya siapa yang layak untuk Jawatan Presiden.. Please.. a.s.a.p.
Ne gaya…….
Hbis la…rombak hbis next year mun cm ya…
Xblh ckp ape dh
Menang tegal own goal n penalti. Nakpo yo
Bye bye swk…kenak sayot…haha
sarawak yg membenamkan diriknya pnn… coba lhh dh tauk leading… turun kebah semua.. Hmmmmm
No komen ..kecewa
Asal lwn kedah mesti kenak penalti
Kedah mala jk menang dgn penalti huh
Kalah penalti menang penalti…macam di suratkan.
Ehm..4 game gk…susah2..swk sukar carik jalan sakit
Bye2….
welcome 2 liga perdana idaman FAS
Boleh tahan..
apa nak jadi tok…xda penningkatan…trlalu byk mstake…mun tauk ari ya bgus jgn d tukar grassi ya sama jak…yg masalah kinek tok top striker kita…
Lps towk kosong lah stadium..emm.,kebal mcm ner pun ati..sakit juak eh..
Terbenam lagi
Bila maim bertahan glak ya jd nya.. Mun seimbang main ada attack juak x bertahan jk mgkin x terjd gol kedua atau on goal.
#Road2LigaPerdana
#Road2LigaPerdana
Swk tok nang mudah gilak beri penalti…