Surat Peminat: Kita Sik Ada Banyak Duit

Surat Terbuka untuk FAS

Tahniah sebab kita berjaya kekal di Liga Perdana. Ya, Liga Perdana bukan Liga Super bossku. Patut kah kita berbangga dengan pencapaian ini. Berikut adalah harapan penyokong buat FAS untuk musim 2019.

Ramai cakap contohi JDT. Tp kita sik ada duit banyak. Bukan contohi bab duit tetapi bab pengurusan dan profesionalisme. Swastakan pasukan. Jadi Sarawak FC dan cari dana untuk pasukan bersaing.

Dengarlah keluhan penyokong. Aset utama bolasepak kita. Pastikan stadium dalam keadaan baik dan selesa. Jadikan setiap “matchday” umpama karnival keluarga jadi ramai orang akan datang.

Baiki pasukan. Kita ada import sama jurulatih yang bagus. Tapi pemain tempatan kita sik bagus. FAS harus punya “team scout” yang bagus. Jelajah seluruh negeri dan cari bakat yang mahu main demi Sarawak.

Pengurusan perlu dirombak. Orang politik jangan masuk campur. Pastikan orang yang dilantik minat bola dan tahu apa yang dibuat. “Blueprint” dari JDT sudah ada. Tiru sahaja. Benda baik tidak apa kita tiru.

Dan penyokong juga perlu berubah. Jangan diminta itu dan ini tapi sendiri sik ubah sikap. Orang lain punya target ke Asia kita masih sama. Turun ke stadium beri sokongan. Kuat ataupun tidak.

Buat FAS, ambil artikel ini secara serius kerana ini sahaja cara Sarawak FA kembali kuat dan mantap seperti dulu. Buat kerja demi ibu pertiwi dan semangat ngap sayot teguh di dada.

Encang Sarawak Encang
Duncan Berinau, Miri

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top