Perlawanan kedua Kumpulan A Sukma Perak 2018 menyaksikan pasukan Sukma Sarawak seri 0-0 menentang pasukan Negeri Sembilan.

Ini ialah keputusan seri yang kedua berturut-turut buat skuad kendalian Ahmad Fairuz Yunus. Walaupun belum kalah dan hanya melepaskan satu gol, kedudukan ketiga bukanlah satu posisi yang baik berbanding kualiti yang ada pada pemain.

Perlawanan semalam tampak kurang meyakinkan daripada kedua-dua pasukan, dengan Sarawak memiliki beberapa peluang yang seharusnya boleh diterjemahkan kepada gol.

Berdasarkan dua aksi ini, sesuatu harus dilakukan oleh Ahmad Fairuz dan barisan kejurulatihan bagi memvariasikan permainan seterusnya mengoptimumkan kemampuan teknikal pemain untuk perlawanan berikutnya.

Keputusan ini mengekalkan kedudukan Sarawak di tangga ketiga dengan dua mata. Skuad Jang pula gah di kedudukan teratas dengan 4 mata.

Berkongsi mata dengan pasukan tuan rumah, Perak bukanlah pengukur yang baik kerana mereka memiliki kelebihan jaringan dua gol.

Perlawanan terakhir Kumpulan A menentang Perlis ialah sangat penting kerana menang dengan jaringan besar, serta mengharapkan Perak tewas akan menentukan hala tuju skuad Sarawak, sama ada terus berkampung di Perak atau mengemas beg pulang ke Kuching.

Sukma XIX Perak 2018 akan dibuka secara rasminya di Stadium Perak, malam ini oleh DYMM Paduka Sri Sultan Perak Darul Ridzuan.- SARAWAKCROCS.COM/RSI

Comments
LATEST PROMOTIONSARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE

2 COMMENTS

Comments are closed.