Pasukan Sarawak dikhabarkan membawa hanya dua pemain simpanan untuk perlawanan pelengkap Challenge Cup malam ini. Sarawak FA dijangka berteme Terengganu FC II malam ini.

Menurut laman Facebook Shoot Sampe Bisak, Sarawak FA dipercayai berbuat demikian akibat kekurangan dana.

Kami tidak dapat mengesahkan berita ini dan pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) yang menguruskan pasukan Sarawak FA juga tidak memberi sebarang maklum balas berkenaan dakwaan ini.

Sungguhpun demikian, jika ini benar, pasukan Sarawak FA dilihat perlu berhati-hati apabila menentang pasukan Terengganu FC II malam ini kerana sebarang kecederaan mungkin akan menyebabkan berlaku masalah kepada taktikal pasukan.

Kemenangan malam ini untuk pasukan Sarawak FA tidak akan membawa sebarang makna kepada pasukan bimbingan Ian Gillan yang sudahpun tersingkir dari cabaran Liga Malaysia musim ini.

Facebook Comments

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE

3 COMMENTS

Comments are closed.