Sukan Malaysia Ke-19 2018 yang berlangsung di Perak telah dimulakan dengan perlawanan bola sepak, malam tadi.

Dalam perlawanan pembuka tirai, pasukan Sarawak seri 1-1 dengan pasukan tuan rumah, Perak. Amir Amri Salleh membuka jaringan awal pada minit keempat untuk skuad Bujang Senang sebelum Perak menyamakan kedudukan pada babak kedua.

Skuad kendalian mantan pemain Sarawak era Alan Vest iaitu Ahmad Fairuz Yunus rata-ratanya mempamerkan permainan yang baik dan berpotensi menambah jaringan, tetapi dipatahkan oleh keampuhan tuan rumah beserta penyokong mereka.

Selain Fairuz, skuad kali ini lebih mantap dengan barisan kejurulatihannya terdiri daripada mantan pemain Sarawak lain seperti Ibrahim Mantali dan Zulkarnain Poasa.

Jika permainan mantap seperti ini diteruskan, tiada masalah untuk anak-anak muda Sarawak ini melepasi peringkat kumpulan dan mara ke peringkat seterusnya.

Untuk makluman, pasukan ini terdiri daripada pemain-pemain muda yang berusia 23 tahun dan ke bawah. Pasukan ini dikendalikan oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) yang bekerjasama dengan Majlis Sukan Negeri Sarawak bagi acara dwitahunan ini.

Kami berharap agar pasukan ini dapat memberikan harapan berbanding pasukan utama yang telah pun terkeluar dari kempen Challenge Cup, serta membuka mata FAS agar memperhebatkan program akar umbi yang berpotensi ke tahap yang lebih tinggi.

Sarawak yang diletakkan di Kumpulan A kini menduduki tangga ketiga bersama tuan rumah Perak, Perlis dan Negeri Sembilan. Terdahulu, pasukan Jang menang 2-1 ke atas Perlis. – SARAWAKCROCS.COM/RSI |Main photo credit to Bernama.

Comments
LATEST PROMOTIONSARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE

3 COMMENTS

Comments are closed.