Pasukan Sarawak telah tewas malam tadi, dan kekalahan malam tadi adalah penting kepada peminat bolasepak Sarawak.
Dengan kekalahan semalam, pasukan Sarawak boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Challenge Cup 2018, dengan dua baki perlawanan.
Sarawak tewas 0-2 di tangan Negeri Sembilan di Kuching hasil kealpaan dalam masa lima minit terakhir. Sekali kena, terus hancur lebur. Bak kata orang kita, βlebor laor (basah habis)β. Sebaik wisel penamat ditiupkan, nampak kekecewaan semua yang hadir. Hendak buat macam mana, sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
Malas untuk kita jelaskan mesej kepada Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) bahawa pentingnya mengubah model bola sepak agar lebih mapan dan menguntungkan dalam jangka masa panjang. Prestasi buruk pada musim 2018 ini disebabkan pengurusan skuad dan persatuan yang terumbang-ambing.
Kita telah mendengar pelbagai kenyataan dan βpemanisβ sepanjang musim ini. Tidak perlulah FAS memberi alasan lagi kerana kita semua mengetahui bahawa skuad Bujang Senang sudah sukar untuk diselamatkan lagi.
Bagaimanakah pasukan dapat beraksi dengan baik jika masalah gaji masih menghantui? Bagaimanakah FAS dapat menangani masalah ini dengan lebih baik dan memberikan jaminan bahawa semuanya akan selesai? Jika tidak, masakan timbul ura-ura pemain import βangkat kakiβ keluar dari negeri!
Tidak malukah dengan pasukan tetangga kita, Sabah yang diam-diam menjadi pasukan pertama ke suku akhir Piala Malaysia? Tidakkah FAS mahu berdialog dengan penyokong untuk meminta pandangan dan cara untuk memulihkan bola sepak Sarawak?
Baiklah Sarawak. Kempen mungkin sudah berakhir, tetapi pastikan baki saingan menentang Terengganu FC II di Kuala Terengganu dan UKM FC di Kuching dilunaskan dengan keputusan bermaruah.
Sudah-sudahlah FAS menutup mata atas prestasi buruk pasukan. Lebih baik #BubarSarawakFA dan mulakan semula dengan struktur baharu. – SARAWAKCROCS.COM/RSI
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



Bilo gik nak nga n merasa stadium penuh agik mcm 2013.. Mtk2 ada sinar untuk 2019..harap ada perubahan..sukan bolasepak menyatukan kta..buang yg keruh..ambil yg jernih
Selagik cdak management penting kan drikpun.. Smpei bila xkan berubah… Bubar jak smua pengurusan
Tukuk palaknyo
Innalillah…
Muka x tauk malu sidak pengurusan…letak jawatan lh mun gentle..
Hampehhhhh, xhairan la dpat gelaran liga cap ayammmmmm (kok kok kok kok)
Yo gik ok….liga cap manok kolok u…kolok…kolok…kolok..
Tukar posa tukar coach & tukar players..cari player yng berkuliti ..jngn nk kalau nk SARAWAK ke liga super 2020
Bgi saya tkar Prisiden tkar coach
prisiden FAS itu yg bodoh tak tahu nak buat kerja..mkn gaji butaπππ
Nang x berapa juak
Pngurusan srwak mok rajin kit……mok rajin mrantau sluroh pulusok srwak….antar ajen 2 kjurulatihan molah pmilihan d daerah 2 …cdak fas mok rajin molah prtndingan pringkat 2 daerah n sbagai nya….bnysk players dari srwak yg bleh d ktengah kn bah…..bgus mke pmain sreak spnoh nya mcam era awg mhyan dlok…kompom srwak dpat bgkit lagik…..kata ku ajak….cdak fas msti mok rajin kit….jgn tkut brjemor kit….
Layan dangdut lagi bgs…
Main apo tok u…main boi kah…angoiiii
Mok minta spon sdak abu dhabi bru maju bola sepak srwak tok.. Baru emang lagi cantik cita cita
Swk maybe akan kehilangan pemain next season klu camni.