11sale

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Lawan pasukan Negeri Sembilan akan diberi kemenangan percuma oleh Malaysia Football League (MFL) dalam TM Piala Malaysia.

Ini adalah susulan tindakan kelab tersebut menarik diri daripada pertandingan tersebut ekoran jangkitan Covid-19 di antara pemain dan pegawai pasukan berkenaan.

SHOPEE

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, mengesahkan pihaknya telah menerima makluman penarikan diri Negeri Sembilan dan mendoakan bahawa pegawai dan Negeri Sembilan akan pulih seperti sedia kala.

“Sekali lagi saya mewakili pihak MFL ingin mendoakan keselamatan dan kesejahteraan pegawai dan pemain Negeri Sembilan FC akan kembali pulih sedia kala,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.

Stuart juga memberitahu lawan Negeri Sembilan FC di dalam kempen TM Piala Malaysia 2021 akan secara automatik diberikan kemenangan 3-0 bermula aksi ketiga dalam saingan Kumpulan C akan datang.

// DAPATKAN JERSEI ORIGINAL NEGERI SEMBILAN

“Merujuk kepada Bahagian 13: Pematuhan SOP Penganjuran Perlawanan TM Piala Malaysia 2021, sekiranya terdapat pegawai atau pemain yang didapati positif COVID-19 dan mereka wajib menjalani kuarantin 14 hari seperti yang ditetapkan oleh KKM sehingga menyebabkan kelab tidak dapat menjalani latihan dan menyertai pertandingan, maka, perlawanan yang melibatkan kelab terbabit akan dibatalkan serta dikira kalah 0-3,” katanya.

Negeri Sembilan FC yang kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada 2011, kini menduduki tangga ketiga Kumpulan C selepas mencatatkan tiga mata sepanjang dua perlawanan.

Baki empat perlawanan Negeri Sembilan dalam kempen TM Piala Malaysia 2021 adalah pertemuan menentang Kedah Darul Aman FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 29 Oktober 2021 dan di Stadium Darul Aman, Alor Setar (2 November 2021), Melaka United FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi (6 November) dan Kelantan United FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 9 November 2021.

Penarikan diri Negeri Sembilan dari kempen TM Piala Malaysia musim ini bakal menyaksikan peluang untuk Kelantan United, Melaka United dan Kedah Darul Aman untuk me suku akhir semakin cerah.