Pasukan Sarawak United A (SUA) tiba di Kuala Lumpur hari ini untuk beberapa siri perlawanan persahabatan.

Pasukan yang enggan akan publisiti ini dijangka akan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan di Semenanjung Malaysia.

SUA yang dipercayai terdiri dari kebanyakan bekas pemain Sarawak FA itu khabarnya dijadualkan bertemu pasukan Liga Premier Kuala Lumpur pada 23 Januari ini di Stadium Kuala Lumpur pada jam 9 malam.

Masuk ke perlawanan tersebut dikhabarkan adalah percuma dan poster berkenaan perlawanan persahabatan tersebut sudah mula kelihatan di media sosial.

Perlawanan-perlawanan pra-musim SUA yang lain buat masa ini tidak dapat dikenalpasti.

SUA adalah pasukan yang terhasil hasil penjenamaan semula pasukan Selangor United.

Pasukan yang dimiliki Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) ini dijangka akan mengenakan jersi jenama JOMA pada musim ini dan dibintangi oleh Ashri Chuchu.