SUA tewas perlawanan pertama pra-musim

Kelab Bolasepak Sarawak United A (SUA) telah tewas di dalam perlawanan pertama pra-musim mereka.

Keputusan tersebut menyaksikan Kuala Lumpur FA memenangi perlawanan tersebut dengan perbezaan satu gol.

Kuala Lumpur memulakan perlawanan dengan gol permulaan pada babak pertama menerusi penyerang import Paolo Jouse pada minit ke-42.

Pada babak kedua, pemain berpengalaman SUA, Ashri Chuchu menyamakan kedudukan, sekaligus membuat kedua-dua pasukan terikat.

Enggan mengalah, pasukan Kuala Lumpur memperhebatkan lagi asakan ke atas kubu SUA dengan dua pemain import terhebat mereka mengetuai serangan.

Akhirnya, pemain import Kuala Lumpur, Kone Francis berjaya menjaringkan gol kedua Kuala Lumpur pada minit ke-62, sekaligus meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan sekali lagi.

SUA cuba untuk bangkit dengan memasukkan pemain lagenda Amri Yahyah.

Sungguhpun demikian, SUA terus gagal menjaringkan gol biarpun permainan SUA dilihat lebih hidup selepas kemasukan Amri.

Kedudukan memihak kepada Kuala Lumpur kekal sehingga tamat mata penuh, sekaligus memberikan Kuala Lumpur kemenangan untuk malam ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top