Home BERITA BOLASEPAK SUA tewas kepada warga kota selepas gagal memanfaatkan peluang

SUA tewas kepada warga kota selepas gagal memanfaatkan peluang

Pasukan Sarawak United A (SUA) gagal memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri malam tadi apabila tewas kepada pasukan Kuala Lumpur FA.

Pasukan utama Sarawak United FC itu ketingalan seawal minit ke-33 apabila Azim Rahim menjaringkan gol pendahuluan untuk pasukan pelawat.

Ketua pasukan SUA, Amri Yahyah kemudiannya menyamakan kedudukan pada minit ke-52, sebelum Azim sekali lagi menjaringkan gol pada minit kr-72 untuk menenggelamkan hasrat SUA untuk mengutip sebarang mata pada malam tadi.

Selepas perlawanan, Ketua Jurulatih SUA, E. Elavarasan yang di temui berkata bahawa pasukan beliau bermain dengan baik, namun gagal memanfaatkan peluang yang ada.

Jurulatih berpengalaman itu juga mengatakan bahawa perlawanan tersebut sememangnya 50-50 dan beliau kini mahu fokus kepada perlawanan akan datang.

Previous articleSUA mampu lonjak ke kedudukan ketiga jika menang malam ini
Next articleKuching FA kutip mata pertama biarpun bermain 10 orang