Home Malaysian football Kuching FA kutip mata pertama biarpun bermain 10 orang

Kuching FA kutip mata pertama biarpun bermain 10 orang

Kuching FA akhirnya berjaya mengutip satu mata untuk Liga Premier malam tadi selepas mengikat Pulau Pinang FA.

Kedua-dua pasukan saling berusaha untuk mencari gol awal, namun buntu menemui jaring.

Pada minit ke-26, Kuching FA terpaksa bermain dengan 10 orang apabila Sahran Samad dilayangkan kad merah.

Ini menyebabkan Kuching FA terus lebih bertahan di dalam perlawanan itu.

Ketua Jurulatih Kuching FA, Akira Higashiyama berkata bahawa pasukan beliau bernasib baik berjaya mengutip satu mata dari Pulau Pinang FA malam tadi.

Ketua Jurulatih Pulau Pinang FA Manzoor Azwira pula kecewa bahawa pasukan beliau gagal memanfaatkan kelebihan yang ada apabila Kuching FA bermain dengan hanya 10 pemain.

Beliau dipetik berkata bahawa pemain Pulau Pinang FA banyak mempersiakan peluang yang ada.

RECOMENDED LINKS: