SUA dan Kuching FA guna Stadium Negeri sebagai venue ‘home’

Kedua-dua Kuching FA dan Sarawak United A (SUA) akan menggunakan Stadium Negeri sebagai venue ‘home’ bagi musim 2020.

Ini bermaksud kempen Liga Premier kedua-dua pasukan akan berlangsung di stadium yang sama di Bandaraya Kuching.

Mengikut jadual awal Liga Premier yang dihantar kepada kami oleh pihak Malaysia Football League (MFL), perlawanan yang melibatkan Kuching FA akan dimainkan pada waktu malam, yakni pada 8.15PM.

Perlawanan bagi SUA pula belum dinyatakan masanya dengam nota ‘TBC’ diletakkan dalam jadual tersebut.

Malahan, status venue home SUA juga mempunyai tanda TBC di belakang nama Stadium Negeri Sarawak.

Sungguhpun demikian, pihak kami percaya bahawa perlawanan SUA juga akan dimainkan pada waktu malam.

Kami telah menghubungi unit media MFL bagi mendapatkan lebih penjelasan berkenaan venue home dan masa sepak mula perlawanan SUA.

Mengikut mesej wakil MFL yang kami hubungi, MFL baru menerima pengesahan AGM SUA dan pengesahan venue SUA belum dihantar oleh SUA.

Mesej dari wakil MFL menambah bahawa “Dalam erti kata lain SUA ni masih peringkat pengesahan penyertaan”.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top