Dengan adanya dua pasukan di dalam Liga Premier, yang hampir pasti menggunakan stadium yang sama, Kuching akan mempunyai perlawanan Liga Malaysia pada hampir setiap minggu ataupun minggu perlawanan (GW).

Ini adalah kerana, kedua-dua Kuching FA dan Sarawak United A (SUA) akan saling berganti menanti kunjungan pasukan lain di Stadium Negeri Sarawak, yang mana buat masa ini diletakkan sebagi venue utama kedua-dua pasukan.

// IKUTI KAMI DI INSTAGRAM WWW.INSTAGRAM.COM/SARAWAKCROCS UNTUK BERITA BOLA SEPAK MALAYSIA DAN SARAWAK RINGKAS

SarawakCrocs Tribal Jersey 2020

>>Dapatkan jersi rasmi Sarawak United 2020 dan SarawakCrocs Tribal jersey kini di TheKedey.com.

Biarpun venue perlawanan melibatkan SUA masih diletakkan sebagai ‘TBC’ (To be confirmed), namun ianya adalah hampir pasti bahawa Stadium Negeri yang telah dinaik taraf akan menjadi venue utama pasukan tersebut.

Malah, Malaysia Football League (MFL) dalam maklumbalas kepada kami juga menjangkakan SUA akan menggunakan Stadium Negeri buat masa ini dan masih menanti pengesahan daripada SUA sendiri.

Kehadiran sekurang-kurangnya satu perlawanan Liga Premier setiap minggu di Kuching sudah pasti akan memeriahkan suasana bola sepak Sarawak yang semengnya ketandusan liga kompetitif berskala jangka masa panjang di Sarawak.

Dalam perkembangan sama, satu lagi pasukan yang akan menggunakan nama ‘Sarawak’ dan merupakan pasukan bawah naungan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), yakni Sarawak United B (SUB) akan menggunakan Puncak Alam, Selangor sebagai laman utama mereka.

Menurut laporan Suara Sarawak, langkah tersebut dilakukan oleh FAS bagi menjimatkan kos SUB yang hanya akan bermain di Liga M3.

SUB adalah pasukan yang dijenama semula daripada pasukan Sarawak FA yang telah tersingkir ke liga berkenaan.