Tahniah kepada pasukan B18 Sarawak kerana layak ke perlawanan akhir Kejohanan Bolasepak MSSM di Pulau Pinang. Mereka akan menentang pasukan B18 Johor Darul Ta’zim.

Ketika pasukan professional seperti Sarawak FA menjadi bahan jenaka akibat kekalahan memalukan di Challenge Cup, pasukan remaja negeri membuktikan bahawa masih ada bakat muda yang dilahirkan negeri Sarawak.

Namun persoalan disini apakah nasib semua pemain B18 selepas ini.

Adakah mereka akan diserap kedalam skuad Piala Presiden atau dibiarkan sahaja bakat mereka oleh FAS.

Maklum bahawa pengurusan FAS kini seolah-olah kurang arif dalam pentadbiran bola sepak.

Pemain-pemain ini harus dikekalkan dan diberi pendedahan di peringkat domestik mahupun luar negara.

FAS harus mempunyai perancangan yang baik untuk memastikan kelansungan mereka ke pasukan lebih professional atau ke pasukan Sarawak FA.

Melihat kepada lawan di final nanti, pasukan B18 Johor Darul Ta’zim adalah sebuah skuad Akademi JDT-Valencia CF. Mereka sudah mempunyai perancangan kepada pemain mereka. Anak-anak muda yang dilihat berpotensi akan dihantar menjalani latihan di kelab Valencia.

Secara langsung ia dapat meningkatkan kualiti pelapis skuad utama JDT pada masa akan datang dan pemain ini juga akan menjual diri mereka untuk memikat pencari bakat di Eropah. Inilah perkara sebenar dalam bola sepak.

Pepatah melayu ada mengatakan melentur buluh biar dari rebungnya. Maka pemain-pemain inilah rebungnya.

Sudah lama anak Sarawak tidak dipanggil mewakili pasukan kebangsaan. Jika digilap dengan baik dalam tempoh 3 tahun mereka ini akan mewarnai arena bola sepak tempatan dan negara.

Oleh itu FAS, silalah lebih proaktif dalam memastikan prospek ini tidak disambar oleh pasukan lain yang pastinya memerhatikan bakat-bakat muda ini.

Saranan kami ini adalah selaras dengan gerakan #BubarSarawakFA, yang mana FAS perlu fokus kepada membangunkan anak muda dan tidak sibuk menguruskan pasukan bolasepak professional.

Sekali lagi, cuba anda bayangkan jika dana RM15 juta FAS digunakan untuk menghantar pemain-pemain muda ini untuk berguru di luar negara! Bah, #BubarSarawakFA – SARAWAKCROCS.COM/JJ

Comments
LATEST PROMOTIONSARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE

9 COMMENTS

  1. Pemain muda banyak yg berbakat tpi coach sik pandei nk guna contoh Bonai…musim lepas coach PB jarang2 kadang2 jk guna nya…coach lbh suka Mazwandi main CB drp Bonai…musim tok Bonai main dgn PKNS FC dpt 1st 11 dan dpt call up utk U23…musim tok situasi yg sama juak terjadi apabila KIM or Hairol injured or suspended Coach IG lbh suka letak MR5 main CB sedangkan ada Peter Frank Brown….jangan2 musim depan PFB angkat join team lain…mun coach bena2 pandei Sarawak sik perlu pemain import utk CB just gandingkan PFR dan Bonai…crik 2 import di bahagian midfield ( DMF n AM)…sorg gik iaitu Abbel ( adik bonai) rasanya dh boleh serap ke skuad utama…

  2. Jgn senggaut ilak molah keputusan sedrastik ya.. untuk pemain muda pun perlukan pemain senior n berpengalaman utk bantu cdak develop.. mun kita nangga kelantan transisi dr pemain berpengalaman terus ke pemain muda.. pun x dpt juak.. kelak peminat juak bisin2… nak bersaing tanpa pemain import lagik lah susah… pertandingan sama umur mungkin cdak nampak berbakat tp mun lawan pemain lebih tua n berpengalaman tambah2 pemain import? Jadi be fair dlm mengkritik dan dana 15juta utk menguruskan keseluruhan operasi FAS termasuk pertandingan, pasukan Belia, Presiden dan Wanita .. blom masuk kursus2 dll… dana dr FAM pun x adil buat pasukan Sabah n Sarawak.. sama 3juta setahun sdgkan pasukan Sabah Sarawak kenak belanja lebih dr pasukan dr Semenanjung.. so be fair utk judge dlm kritik team Sarawak…
    #SarawakFA
    #GB13

Comments are closed.