Malaysia Football League (MFL) dalam kenyataan media telah mengumumkan bahawa perlawanan Liga Malaysia akan terus berlangsung pada bulan Ramadan.

Ini adalah selaras dengan perlawanan Liga Malaysia musim-musim sebelum ini yang tetap meneruskan perlawanan pada bulan puasa.

// IKUTI KAMI DI INSTAGRAM WWW.INSTAGRAM.COM/SARAWAKCROCS UNTUK BERITA BOLA SEPAK MALAYSIA DAN SARAWAK RINGKAS

SarawakCrocs Tribal Jersey 2020

>>Dapatkan jersi rasmi Sarawak United 2020 dan SarawakCrocs Tribal jersey kini di TheKedey.com.

Bulan Ramadan pada tahun ini jatuh pada bulan April 2020.

Menurut MFL “Perlawanan akan diteruskan di dalam bulan Ramadan seperti musim-musim sebelum ini.

“Sebanyak enam perlawanan Liga Super Malaysia 2020 dan Liga Premier Malaysia 2020 LS8-LS13 dan LP8-LP13 dan satu perlawanan Piala FA Malaysia 2020 iaitu perlawanan Suku Akhir Pertama (QF I) ini menjadikan tujuh perlawanan akan berlangsung pada bulan Ramadan.”

Masa perlawanan tersebut tidak dinyatakan oleh MFL, tetapi tradisi perlawanan pada bulan Ramadan biasanya menyaksikan sepak mula dilangsungkan pada sebelam malam, dengan perlawanan bermula lebih lewat dari biasa.

Perlawanan bola sepak biasanya tetap diteruskan di kebanyakan liga besar dan ini termasuklah Liga Malaysia.

Dua pasukan dari Sarawak yang akan dipengaruhi oleh perlawanan bulan Ramadan adalan pasukan Kuching FA dan Sarawak United A FC.