Stadium Negeri sah rumah Sarawak 

Timbalan Presiden FAS telah mengumumkan bahawa pasukan Sarawak hanya akan menggunakan Stadium Negeri sebagai venue rasmi bagi setiap perlawanan di Kuching pada musim ini. 

Pengumuman tersebut sekaligus mengesahkan bahawa Stadium Sarawak tidak akan digunakan oleh pasukan Bujang Senang seperti yang dikhabarkan sebelum ini. 

Pengumuman tersebut dibuat semasa majlis pelancaran jersi baharu dan pengenalan pemain yang berlangsung di CityOne semalam.

Sebelum ini, telah ada ura-ura bahawa pasukan Bujang Senang akan berpindah ke Stadium Sarawak untuk musim 2017. 

Cadangan tersebut walaubagaimanapun mendapat reaksi bercampur dari kalangan peminat. 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top