Home Malaysian football Piala Belia: Sarawak FA terus garang, kini nombor 3!

Piala Belia: Sarawak FA terus garang, kini nombor 3!

Pasukan belia Sarawak FA terus garang mencatatkan kemenangan terbaru apabila menang ke atas Kelantan FA kelmarin.

Dibimbing bekas pemain Sarawak FA, Safri Amit, Sarawak FA bermula garang dengan asakan awal pada babak pertama perlawanan.

Sungguhpun demikian, pasukan pelawat berjaya mengekang asakan tuan rumah sehingga tamat babak pertama.

Pada babak kedua, Sarawak FA meneruskan rentak menyerang mereka dengan Kelantan FA menumpukan kepada hantara-hantaran pendek bagi mengekang asakan tuan rumah.

Taktik Kelantan itu walaubagaimanapun gagal apabila Adif Salim mudah merembat masuk gol kemenangan pasukan Sarawak FA pada minit ke-54 bagi memberikan Sarawak FA tiga mata berharga, sekaligus melonjakkan Sarawak FA ke kedudukan ketiga Kumpulan A Piala Belia dengan 19 mata.

Kemenangan tersebut mencipta rekod tersendiri untuk pasukan Piala Presiden apabila mengekalkan rekod tanpa kalah selama lima perlawanan berturut-turut.

Pasukan Piala Belia Sarawak akan bertemu Pulau Pinang pada 17 Mei 2017 di tempat lawan.

Previous articleRumours of new import arrival spark speculations
Next articleNew Sarawak FA import said to be ready for 24 May debut

4 COMMENTS

Comments are closed.