JDT akan memiliki sebuah stadium baharu pada Julai 2018 selepas pihak pemaju stadium berkenaan, Forest City, menunjukkan rekabentuk cadangan bagi stadium baharu tersebut hari ini.
Terletak di Iskandar Puteri, Johor, stadium bola sepak itu akan mampu memuatkan sebanyak 40,000 penonton pada satu-satu masa, dan ianya akan dilengkapi kelengkapan bertaraf antarabangsa.
Stadium tersebut akan dibina di atas tapak berukuran 140,000 kaki persegi, dengan stadium itu sendiri meliputi 70,000 kaki persegi.
Menurut laporan Astro Awani, bumbung stadium baharu JDT itu diinspirasikan oleh daun pisang, dan beberapa perubahan dan tambahan pada rekabentuk asal, telah mengakibatkan ianya lewat dibina. – sarawakcrocs.com