Pasukan Sarawak FA akan mengikut langkah pasukan Kuching FA yang akan meneruskan perlawanan Liga Malaysia mereka di Stadium Sarawak.

Ini berikutan kelulusan menggunakan Stadium Stadium Sarawak yang telah diluluskan oleh Malaysia Football League (MFL)

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Menurut kenyataan ringkas di media sosial oleh Sarawak FA, pasukan tersebut telah menerima pengesahan dari MFL yang membenarkan mereka menukar venue perlawanan ke Stadium Sarawak.

Perlawanan pertama Sarawak FA yang akan dilangsungkan adalah Sarawak menentang UKM FC pada 19 Jun ini, dengan perlawanan dijadualkan pada jam 8:15PM.

MFL walaubagaimanapun belum membuat sebarang kenyataan rasmi berkenaan perubahan pada jadual Liga Malaysia melibatkan pelawanan Sarawak.

Dengan Sarawak FA kini menjadi medan ‘home’ bagi dua pasukan di Kuching, maka Stadium Negeri kini tidak diguna pakai oleh mana-mana pasukan.