PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kelab bolasepak amatur Sibu District diperhatikan sememangnya mempunyai hajat besar jika diperhatikan dengan perancangan rapi untuk membina kelab tersebut.

Selepas mengumumkan logo kelab yang serba menarik beberapa bulan lepas, kelab tersebut hari ini sah akan memiliki dua kemudahan sukan khas buat latihan kelab tersebut.

Promosi RM1

Ini dilakukan dengan pembinaan padang di dua lokasi di Sibu yang akan menjadi ‘venue utama’ kelab yang kami beri nama timangan ‘The White Swans’ itu.

Menurut perkongsian Dr Annuar Rapaee, dua padang tersebut akan terletak di Kemuyang dan Permai.

Padang Kemuyang akan menggunakan rumput jenis asli, manakala Permai akan menjadi padang rumput sintetik pertama di Zon tengah Sarawak.

// CARI JERSI SIBU DISTRICT FC

Adalah difahamkan padang di Permai akan dilengkapi lampu limpah bagi membolehkan ianya digunakan pada sebelah malam.

Maklumat yang kami perolehi juga mengkhabarkan bahawa kos pembinaan kedua – dua padang tersebut adalah bernilai lebih kurang RM4.25 juta dimana padang Kemuyang berjumlah RM2 juta sementara padang Permai dianggarkan pada RM2.25 juta.

Pembinaan padang tersebut bukanlah sesuatu yang baharu sebenarnya, kerana ianya pernah diumumkan sebelum ini oleh Annuar sendiri.

Kehadiran pasukan Sibu District dilihat sebagai satu petanda positif kepada sukan bola sepak Sarawak kerana ianya memperbanyakan bilangan pasukan dan kelab bola sepak di Sarawak.

Adalah diharapkan kelab Sibu District akan mengikut jejak langkah Kuching City dan menjadi antara pasukan yang berasal dari Kuching yang paling berjaya.