Kelab bola sepak Sibu District (SDFC) yang ingin bermain dalam Liga Bolasepak M3 pada masa akan datang telah melancarkan logo baharu mereka.

Logo yang minimalis tetapi bercorak perisai itu kelihatab amat menarik dengan tiga warna utama yakni hitam, putih dan merah.

Ianya direka oleh Riyad Mohd, yang mana juga merupakan pemenang kepada pertandingan mencipta logo Sibu District yang diadakan untuk mencari jenama baharu bagi kelab babaru tersebut.

Pada waktu artikel ini dikeluarkan, penerangan berkenaan logo tersebut tidak ada dikeluarkan oleh pihak SDFC.

Dalam pada itu, SDFC juga menyerlahkan tiga warna teras rasmi kelab tersebut yang akan menjadi tunjang kepada pakaian serta tradisi kelab baharu itu.

Warna – warna tersebut adalah warna merah, hitam dan putih.

Bagi kami, logo Sibu District ini adalah menarik, dan kami sangat suka bagaimana simbol ‘angsa’ telah diberi nafas baharu daripada logo lama, sekaligus menyimpan tradisi dan sejarah penampilan awal kelab tersebut yang baru berusia kurang dua tahun.

SDFC adalah kelab bola sepak amatur yang kini sedang membina tapak untuk menjadi sebuah kelab bola sepak profesional di Sibu.

Kelab tersebut kini sedang dalam proses menguruskan hal – hal berkaitan kemudahan bola sepak yang ada, dan apabila sudah bersedia sepenuhnya, akan menjadi wakil terbaru bola sepak dari Sarawak, dan sekaligus membesarkan lagi peluang anak jati Sarawak bermain bola sepak secara profesional.