PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Dua perlawanan penting bakal berlangsung hari ini dengan dua pasukan yang berpusat di Sarawak bakal menyaksikan nasib mereka ditentukan bagi musim ini.

Kelab Kuching City bakal menentukan nasib mereka ke Piala Malaysia musim ini apabila bertemu Perak II dimana kemenangan bagi pasukan The Cats itu akan memastikan mereka melangkah ke Piala Malaysia 2021.

Promosi RM1

Kemenangan mutlak ke atas Perak II akan menyaksikan pasukan bimbingan Irfan Bakti itu mempunyai kelebihan mata berbanding Kelantan United sekaligus memastikan slot Piala Malaysia menjadi milik The Cats.

Sungguhpun demikian, Kelantan United yang kini sedang juga memburu slot sama, boleh ‘mencuri’ slot Piala Malaysia The Cats jika Kuching City tewas atau seri.

Apa pun, Kuching City perlukan tiga mata penuh bagi memastikan mereka akan mengiringi Sarawak United, Negeri Sembilan dan PDRM ke Piala Malaysia sebagai antara lima pasukan terbaik.

// HARI JAM PINTAR & AUDIO HUAWEI: NIKMATI DISKAUN HINGGA 42%

Di tangga teratas Liga Premier pula, Negeri Sembilan bakal menentukan nasib kejuaraan Sarawak United.

Kelab bimbingan K. Devan itu berjaya mengungguli Liga Premier selepas mengecapi kemenangan penting ke atas Sarawak United tempoh hari, dan kemenangan bagi kelab Negeri Sembilan apabila menentang PDRM bakal menyaksikan Sarawak United tidak lagi berkemampuan untuk merebut kembali kejuaraan liga.

Sungguhpun demikian, jika Negeri Sembilan seri atau kalah menentang PDRM, Sarawak United boleh merampas dan menjadi juara Liga Premier musim ini sekiranya berjaya menundukkan JDT II.

Walau apapun, kedudukan Sarawak United kini amat bergantung kepada keputusan perlawanan Negeri Sembilan menentang PDRM, dan pasukan Kenyalang Emas itu perlu memastikan mereka memungut mata penuh jika ingin berpeluang menjadi juara.

Semua perlawanan Liga Premier akan berlangsung serentak malam ini pada jam 9 malam.