Shamie pergi?

Khabar angin kian kuat mengatakan bahawa pemata muda pasukan Bujang Senang, Nur Shamie Iszuan bakal disambar oleh juara Liga Super,  Johor Darul Ta’zim (JDT). 

SarawakCrocs cuba mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan perpindahan Shamie, namun dimaklumkan bahawa belum ada pengesahan bahawa tawaran telah dibuat oleh pihak JDT. 

Sungguhpun demikian, di media sosial, berita perpindahan Shamie ke JDT semakin kencang,  dengan pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail, sendiri mengakui sedang berbincang dengan seorang pemain Sarawak. 

Jika benar Shamie akan berpindah ke JDT, pasukan Bujang Senang akan terpaksa mencari pengganti beliau dengan kadar segera kerana Shamie dijangka akan menjadi pemain utama jika pasukan Bujang Senang terus dikendalikan David Usop pada musim hadapan. 

Shamie menutup tirai musim 2016 dengan satu ledakan yang memberikan Sarawak gol kemenangan menentang PDRM Sabtu lalu.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top