Tengku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya seorang pemain Sarawak mungkin akan meninggalkan pasukan Bujang Senang untuk bermain di Stadium larkin pada musim hadapan.

Kenyataan tersebut dilakukan oleh pemilik kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di dalam satu kemaskini di laman sosial rasmi kelab tersebut.

Menurut TMJ, empat lagi pemain, satu daripada T-Team dan PDRM dan dua daripada Selangor, mungkin akan menyertai JDT pada musim hadapan, bersama-sama pemain Sarawak tersebut.

Buat masa ini, belum ada maklumat berkenaan pemain tersebut, namun jika prestasi semasa pemain Sarawak diambil kira, Nur Shamie Iszuan dilihat sebagai calon paling bertepatan untuk dipancing mana-mana pasukan.

JDT pernah memikat dua pemain dari pasukan Bujang Senang pada tahun 2014, yakni Junior Eldstal dan S Chanturu.

74 COMMENTS

  1. bagus lah gik pun masa tok fas x da hala tuju untuk tahun depan.bigboss pun belum ada gk,team lain dah sibuk carik player berkualiti fas penaja pun x da kedengaran.

  2. KOMPOM Syamie…… main laju, bagus, umur muda, tenaga power, boleh simpan lamak player tok…….. kompom Jadi Pemain Sayap UTAMA JDT…… bagus lah. ya nama nya rezeki player….. mcm org kerja juak. get better offer kompom cabut……Tahniah!

    • Betol pok. Di swk pemain local byk di bangku simpanan gaji kecik. Di JDT walaupun di bangku simpanan gaji besar. Di JDT kemudahan latihan semua 5 star, sik mustahil akan jadi 1st eleven mun berusaha kuat. Di JDT semua player bagus2 and semua fight utk 1st eleven. Senario positif yg menaikkan semangat pemain.

    • Mun sidak maok selalu main kesebelasan utama sidak mesti maok performlah.. Bait dari segi latihan, perlawanan sebenar mun bagus nang sentiasa jak nya main, atau taktikal coach simpan yang jarang diturunkan nangga macam s.Chanturu jarang main tapi bila main kucar kacir defend lawan ya hahaha apa2 pun kita sokong jak sidaknya tahun depan jdt bakal ngembak juak nama sarawak ke peringkat asia pok.. Mok nunggu fas ya merubah team kita hermm entahlah pok

  3. Kak ya mcm junior….tkapai2 aku….kesorgan……..bila Safiq Rahim & kwn2 pinggirkan aku……bok ku phm apa erti tanah airku….bkn aku hasut tp kenyataan…coba kau tangga…JKT main Ngan Malaysia…sik da sikap 1 pasukan…jgn ko arap..dlm game dak betik muka..dipulo kau bjuling mata….hahahaha….sbb sidaknya mesti nk nait nama rik pon..sak tmj berik byk imbuhan….kau ado…

Comments are closed.