Pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) hari ini mengumumkan bahawa mereka telahpun mengotakan janji mereka berhubung isu pengguguran pemain veteran, Shahrol Saperi.
Menurut laman Facebook rasmi FAS, Shahrol kini telah kembali ke pasukan Sarawak FA sebagai ‘jurulatih kecergasan’, dengan pihak FAS turut memuat naik video beliau memberi arahan latihan.
Nasib yang menimpa Shahrol Saperi heboh diperkatakan sebelum ini, dengan maklum balas daripada rakan karib beliau Joseph Kalang Tie terus memviralkan nasib Shahrol yang digugurkan daripada pasukan Bujang Senang ekoran kecederaan.
Pihak FAS selepas itu telah mengeluarkan kenyataan bahawa Shahrol akan diberi tugasan lain semasa cedera, dan gaji yang bersesuaian dengan peranan baharu beliau.

RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



Joseph Kalang hasil feedback joseph. nice to see that. God bless tuyang.
Camtok lah kita..jgn jadi org x ngenang jasa lebih gik anak negeri drik empun sik ngira bangsa dan status. Salute bro Joseph Kalang sebab cukup berani dan lantang bersuara walau xda dlm team agik demi kawan dan rakan seperjuangan. Kepada pengurusan FAS, take note dan jangan bangga diri…kmk org x pernah nyokong ktk org pun selama tok…kmk org cuma sokong pasukan jak.
Tahniah.
Tahniah…Nk letak emoji tetak ya confirm sel otak sik cun…
All the best n gud luck
Good luck….
Alireza bila gik mok join balit dapat polah reunion bah
Tahniah Shahrol Dedek
Kamek mauk perubahan dlm tim swak taun tok