Dua bekas pemain Bujang Senang yakni Benedict Martin dan Bobby Gonzales adalah antara pemain yang akan kembali menyarung jersi pasukan Sarawak FA pada musim ini.

Menurut sumber kami, kedua-dua pemain telah menunjukkan kualiti permainan yang lebih matang berbanding pemain lain, dan akan hampir pasti diserap ke pasukan Sarawak FA bagi musim 2018.

Benedict yang sebelum ini bermain bersama pasukan Kuala Lumpur FA telah cemerlang ketika Piala Sarawak yang lalu apabila berjaya menjaringkan beberapa gol penting untuk membantu Miri menjadi juara pertandingan bolasepak terulung Sarawak itu manakala nama Bobby sememangnya tidak asing lagi di kalangan peminat bolasepak Sarawak FA yang mengenali beliau sebagai antara penyerang tempatan paling berbisa pernah bermain dengan pasukan Bujang Senang.

Selain Benedict dan Bobby, seorang lagi bekas pemain Sarawak, Iqbal Suhaimi juga dijangka akan diambil semula ekoran kecederan yang menimpa Aidil Mohamed, manakala beberapa pemain kelahiran Sarawak seperti Hairol Mokhtar, Dzulazlan Ibrahim, Awang Kamaruddin, Alif Hassan, Hafis Saperi, Jimmy Raymond, Mazwandi Zakeria, Abdul Rahim dan Hafiz Abu Bakar dijangka akan dikekalkan.

Pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) dikhabarkan belum bersedia mengumumkan barisan penuh pasukan Sarawak FA bagi musim 2018 ekoran masih menunggu keputusan ujian perubatan beberapa pemain, serta tambahan seorang lagi pemain import dari Australia.

Comments
LATEST PROMOTIONSARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE

6 COMMENTS

Comments are closed.