Pasukan wakil negeri Sarawak dalam kejohanan Liga Bolasepak Rakyat, Limbang dan Serian telah diundi dalam satu kumpulan dalam Liga Bolasepak Rakyat peringkat kebangsaan.
Menurut laman Twitter rasmi Liga Bolasepak Rakyat, pasukan Limbang dan Serian diundi dalam kumpulan C, yang turut menampilkan pasukan – pasukan lain dari Borneo, iaitu Labuan dan Kota Belud/Marudu/Keningau.
Sebanyak 16 pasukan yang mara ke peringkat kebangsaan Liga Bolasepak Rakyat telah diundi dalam 4 kumpulan.
Kumpulan A menampilkan pasukan Kangar, Paya Besar, Rembau dan Maran/Bera.
Pasukan Muadzam Shah, Gua Musang, Manjung dan Jempol pula diundi dalam kumpulan B.
Manakala dalam kumpulan D, Bachok, Langkawi, Cheras/Maran dan Hilir Perak telah diundi bersama.
Skuad Limbang dan Serian dilihat sedang giat mempersiapkan pasukan dalam menggalas cabaran Liga Bolasepak Rakyat peringkat kebangsaan yang akan bermula tidak lama lagi.