Dengan kehangatkan bolasepak Kuching semakin memuncak dengan kemasukan Kuching FA ke Liga FAM musim ini, wujud sedikit berita kurang baik berkenaan status latihan pasukan yang dikemudi bekas pemain Sarawak, Shahrizan Sahari.
Mengakui bahawa pasukan bimbingan beliau menghadapai kesukaran menjalankan latihan akibat kekangan kerja, Shahrizan turut memaklumkan kepada kami, bahawa pasukan beliau kini menggunakan padang sebuah sekolah menengah di sekitar Matang Jaya untuk sesi latihan pasukanya.
Menurut beliau, pelbagai usaha telah dibuat untuk mencari padang latihan yang lebih baik, namun hanya padang tersebut berjaya perolehi buat masa ini oleh pengurus pasukan, merangkap ADUN Tupong, Fazruddin Abdul Rahman. Beberapa padang lain yang menjadi pilihan utama, tidak dapat digunakan atau menelan kos terlalu tinggi bagi sebuah pasukan yang Shahrizan sifatkan sebagai sebuah pasukan yang mempunyai bajet ‘pasukan amateur’.
Dalam pada itu, pihak SarawakCrocs telah meninjau padang tersebut, dan mendapati bahawa padang tersebut bukan sahaja ditakungi air sewaktu hujan, tetapi juga menjadi teramat becak, dan boleh dikatakan hancur, apabila digunakan untuk pertandingan bolasepak peringkat sekolah.
Gambar diatas merupakan gambar padang tersebut pada kejohanan bolasepak antara sekolah Kuching tahun 2016.
Kuching FA akan memulakan saingan Liga FAM pada Februari ini, dan telah berharap akan mampu memberi cabaran di dalam liga tersebut.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Question…liga fam tok kira player pro kah?
player boleh amateur. Kuching FA hampir semua pemain amateur
Amateur?pemain ni dipilih dari sekolah sukan atau pemilihan?
Miak Lijan Towk Itu, hanya Kuching FA boleh jawab.
Tq atas pencerahan…ya lah..nangga sidak ex state zamri…rudie ramli..etc masih main liga fam ya tertanyak 3rd tier tok pro kah…
ada team yg mmg pro mcm PJ rangers but team masih boleh semi-pro
Camney mok upgrade dan develop bola sepak sarawak mun camtok?
The team needs help. Funding or probably someone willing to help provide a better field.
Padang D di stadium untu apa? Padang jubilee di pasar utk apa? Di area matang byk padang sekolah yg boleh tahan…pasya padang sekolah sukan di tabuan pun boleh…
yalah dipadah tek, kebenaran dan bajet ya…
Mun sik da budget
Ebuh jak proceed
Benda tok dah d tauk org
Di Kedah, majority padang sukan sekolah menengah mereka bkualiti baik…sbb yalah pembangunn bola sepak d Kedah antara yg tbaik d Malaysia…
Padang byk ado di kuching kenak training padang licak.
Musim hujan….jgn salahkn org lain. Bila musim panas sik la nya becak
Coba minta training d stadium mini bau jak….
dak ayua munuk traning ka pdg old traffod mnas nh.haha
What ?? Ge nk main dlm liga fam.. apa standard u u .. came on ..
Stadium mini bau cntik padang.. sekolah sukan petrajaya pn ok..
sak sidak biasa main kat padang licin + licak